TERMA & SYARAT

Berikut adalah terma dan syarat untuk Ebook keluaran PLR Series. Terma dan syarat ini perlu diikuti sepenuhnya bagi setiap pembeli.

Terma dan syarat untuk ebook PLR ini telah kami sertakan bersama-sama dengan ebook .

1- Sila baca terma dan syarat serta lesen bagi ebook PLR kami. Kami telah menganggap anda telah pun membaca terma dan syarat yang telah kami sertakan sebaik sahaja pembelian dilakukan.

2. Pihak kami berhak menaikkan harga apabila perlu dan pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang notis atau pemberitahuan terlebih dahulu. Harga bagi ebook PLR adalah berbeza untuk setiap keluaran dan ia adalah tertakluk kepada beberapa perkara seperti ketebalan, tajuk, bahan-bahan grafik, bahan-bahan sampingan dan sebagainya.

3. Jika kami mendapati anda menjual ebook ini secara haram, maka kami akan menggunakan apa sahaja cara termasuk tindakan undang-undang ke atas anda. Ebook PLR ini hanya boleh diperolehi melalui laman web ini sahaja.

4. Ebook PLR ini dikeluarkan bukan semata-mata untuk memberikan panduan dan mengajar secara khusus mengenai setiap topik ebook yang dikeluarkan. Ebook ini adalah bahan mentah untuk diolah semula agar ia menjadi satu ebook yang lebih lengkap dan mengikut peredaran semasa.

5. Hanya pembeli yang sah sahaja yang berhak mendapatkan bahan-bahan mentah seperti ebook dalam format .doc, grafik dalam format psd dan sebagainya.

6. Sebarang bantuan dari pihak kami di buka 7 hari seminggu iaitu dari hari Ahad - Sabtu. Namun email atau aduan melalui ruangan support hanya akan dibuka 3 kali sehari jika tidak ada sebarang masalah. Segala permasalahan hanya akan dilayan melalui emel bantuan dan ruangan support sahaja.

POLISI JAMINAN PULANGAN WANG / REFUND

Pihak kami TIDAK MENAWARKAN PULANGAN WANG / REFUND kerana produk ini adalah produk digital. Ini adalah polisi kami sejak dului lagi, jadi keputusan pembelian adalah tertakluk kepada kebijaksaaan anda.

Penerimaan Bayaran, Pesanan dan Link Download Ebook

1. Para pembeli mesti mengikuti langkah-langkah pembelian yang telah kami sediakan melalui sistem pembayaran kami agar proses pengesahan pembayaran berjalan lancar.

2. Sila pastikan maklumat peribadi yang dikehendaki dalam borang pengesahan diisi dengan betul dan tepat. Kegagalan anda untuk melakukannya akan menganggu kelancaran proses pengesahan nanti dan ini akan menyebabkan proses penghantaran link download akan menjadi lambat.

3. Anda WAJIB merahsiakan setiap link download atau halaman download yang diberikan oleh kami kerana ia hanya menjadi milik anda seorang sahaja. Kegagalan anda menjaga link download atau didapati mengedarnya kepada orang lain akan mengundang tindakan tegas dari pihak kami.

4. Sila laporkan dengan segera sebarang masalah yang timbul sewaktu proses memuat-turun produk untuk diselesaikan oleh pihak kami.

5. Sila pastikan talian internet yang digunakan adalah stabil, kerana boleh dikatakan 80% masalah yang diadukan kepada kami adalah berpunca dari talian mereka yang slow. Kebiasaannya, file ebook adalah tidak bermasalah, cuma talian internet pembeli yang bermasalah menyebabkan file tidak dapat dimuat-turun (download) dengan sempurna. Maka ia adalah di luar daripada bidang kami. Jika ia berlaku, kami akan bantu anda melalui beberapa alternatif lain.

Segala perhubungan dan pertanyaan, sila hubungi kami melalui emel.

 

- Tamat Terma & Syarat -

Jika anda bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan membeli PLR Ebook  ini.

Jika tidak bersetuju, maka anda tidak digalakkan membeli panduan ini untuk mengelakkan ketidak-puashatian anda kelak.