PENAFIAN

Ebook yang dikeluarkan oleh PLR Series ini adalah bertujuan untuk membantu para peminat Perniagaan Online untuk membina perniagaan mereka secara lebih cepat. Ia juga turut menyalurkan informasi dan pengajaran yang dikupas secara umum dan merupakan subjek asas bagi setiap topik yang dikeluarkan. Ia sama sekali tidak boleh di anggap sebagai ebook panduan yang mengandungi khidmat nasihat sama ada dalam bentuk kewangan, keselamatan atau perakuan keselamatan.

Setiap teknik dan strategi yang ditulis di dalam ebook ini mungkin sesuai untuk sesetengah golongan dan mungkin tidak sesuai pula dengan sesetengah golongan yang lain. Ebook ini juga tidak menjaminkan yang anda akan mendapatkan hasil dan kesan kepada semua pihak atau golongan. Namun ebook ini dihasilkan adalah berdasarkan kajian dan olahan pengalaman penulis serta para usahawan internet yang lain.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memberikan jaminan bahawa setiap maklumat yang terkandung di dalam ebook ini adalah tepat kerana ia tertakluk kepada perubahan semasa. Maklumat yang terkandung di dalam ebook ini mungkin tidak tepat atau berubah ketika anda anda memilikinya. Ia juga mungkin mengandungi kesilapan dan kesalahan dari sudut susunan huruf dan kalimat serta isi kandungan yang tidak disengajakan.

Kami juga tidak memberikan sebarang jaminan bahawa setiap maklumat yang terkandung di dalam ebook ini adalah lengkap dan tepat. Pihak penulis tidak bertanggungjawab di atas sebarang risiko, liabiliti, kehilangan, kecacatan, kerugian sama ada secara peribadi atau tidak yang berlaku akibat dari pembacaan dan penggunaan dari ebook panduan ini sama ada secara langsung atau tidak.

Anda perlulah membaca secara bersungguh-sungguh, fokus dan konsisten sama ada dari sudut teori atau praktikal, merujuk bahan-bahan sampingan bagi memantapkan lagi segala yang diajar di dalam ebook ini.

Para pembeli ebook keluaran PLR Series akan tertakluk dengan semua PENAFIAN yang telah digariskan di atas